Kamis, 16 Oktober 2008

Perasaan dan pengalaman saya mengunjungi pusat makanan yang saya suka

Suasana pusat makanan di tampines itu sungguh meriah dan kecoh. Ada ramai orang di situ. Mereka sedang berbual sambil memakan makanan mereka. Ada juga sekumpulan orang dewasa yang sedang isap rokok. Saya tidak suka perbuatan mereka kerana ia membuat suasana bau dan kotor.



Saya pun terus mencari tempat duduk. Selepas itu,saya pun pergi ke gerai yang menjual nasi pataya kerana saya gemar makan makanan tersebut. Saya harus beratur dan tunggu beberapa minit kerana ramai orang pun sedang beratur. Saya agak ada ramai orang sedang beratur kerana nasi patayanya sungguh enak dan ia adalah makanan kegemaran saya. Selepas saya sudah beli makanan tersebut, saya ke gerai minuman dan membeli air milo dan pulang ke tempat duduk saya.



Semasa saya sedang menikmati rasa dan haruman makanan saya, saya bau asap rokok. Baunya sungguh busuk dan ia membuat saya hilang selera makan. Saya pun cuba mencari meja lain tetapi ada orang lain duduk. Saya pun sambung memakan nasi pataya saya. Setelah habis, saya berasa puas hati dan kenyang.


Saya harus duduk sebentar kerana saya berasa terlalu kenyang. Selepas beberapa mint, saya pun mula berangkat dari pusat makan tersebut dan pulang. Itu adalah pengalaman saya di sebuah pusat makanan yang saya suka mengunjungi.

1 komentar:

david santos mengatakan...

Excellent work!!!! Congrats!!!