Senin, 17 Maret 2008

MRT

Saya dan abang saya mahu ke rumah nenek di Punggol.Kami menaiki MRT dari Tampines untuk ke Punggol.Semasa berada di dalam sebuah gerabak MRT,kami bermain PSP sambil mendengar lagu.Tiba-tiba,ketika MRT bergerak di dalam terowong,gerabak MRT itu terhenti dan lampu terpadam.

Semua orang di dalam MRT mula hairan dan ada yang sudah mula panik.Pemandu MRT itu menyuruh semua orang agar bertenang dan jangan panik.Pada masa itu,saya tidak boleh melihat apa-apa kerana terlalu gelap.Abang saya pula berpeluh kerana panik.Ketika masa itu,kami berdua berasa takut kerana tidak membawa telefon bimbit.Semasa itu saya terdengar bayi menangis dan orang menelefon seseorang untuk minta tolong.

Tiba-tiba saya terbau asap.Saya mula panik kerana saya takut ada api dan MRT ini akan meletup.Pemadu itu menyuruh semua orang keluar dari MRT tersebut dan berkumpul di luar.Dengan saya amat susah hendak keluar kerana sunguh gelap dan tersentuh kerusi dan orang semasa hendak keluar.Pemadu itu mengeluarkan lampu suloh dan tujukan ke pintu keluar dari terowong.Rupa-rupanya ada api kecil di luar gerabak MRT.Pemadu itu menelefon ahli bomba untuk padamkan api.

Selepas kami bebas,kami menaiki taksi dari Lavender dan ke Punggol.Nasib baik saya ada duit lebih untuk membayar tambang taksi.Saya tidak boleh tunggu untuk berkongsi kamalangan ini kepada nenek.

Tidak ada komentar: